Supplementary Paper (UiTM)

hi Assalamualaikum

topic harini berkenaan dengan supplementary paper untuk pelajar uitm. untuk topik harini cikreen ada buat kajian sikit dan diadun bersama pengalaman rakan cikreen yang pernah ambil supp paper ni. sebelum tu cikreen nak betulkan sikit ye, bukan sub paper tau. ramai yang sebut sub paper tapi sebenarnya supp paper iaitu singkatan untuk supplementary paper.

so apa itu supp paper? supp paper ni ialah peluang kedua bagi pelajar semester akhir uitm yang gagal satu atau dua subject untuk mengambil semula exam subject tersebut bagi melayakkan dia grad on time. so that pelajar yang fail tu tak perlu extend sem. tapi ingat maximum fail dua subject je kalau lebih silalah kalian ke semester seterusnya

untuk pelajar semester akhir, selepas dapat result and kalau korang fail korang boleh terus apply supp paper ni kat student portal. make sure masa dah tahu korang fail tu terus register tau, takut terlepas pulak due date tak pasal kena extend. lepas tamat due date korang akan dapat bill dapat uitm untuk yuran supp paper ni. bill ni pun kena selalu check kat student portal ye, kalau takut terlepas korang boleh call hea untuk pastikan bila bill supp paper akan dijana. satu paper kena bayar RM100, boleh bayar macam biasa. alahh macam bayar yuran every sem tu. Then, hea akan call korang untuk bagitahu bila tarikh korang exam. kalau hea tak call lepas tiga or empat hari korang jangan diam pulak,korang yang kena call takut hea terlepas pandang. nombor telefon hea boleh google je kat web kampus masing masing. aduii pening la cikreen kalau itu pun nak kena bagi tahu. make sure datang exam tepat pada masa jangan nak buat hal ehhh

daripada apa yang kawan cikreen share, pemarkahan supp paper ni 100% on supp paper. kiranya dia tak kira korang punya carry mark sebelum ni. so walaupun korang boleh jawab semua soalan, jangan mimpi A lah ye. tapi C tu insyaAllah dalam tangan. bila dah ambil supp paper ni buat elok elok walaupun korang tahu korang akan dapat gred c je. sebab apa? sebab ada je yang ambil supp paper tapi masih gagal. hati-hati ye.. untuk special case macam kawan cikreen tak ambil satu subject final exam ni sebab family matter and dia terpaksa balik rumah untuk urusan tersebut. kiranya dia ada sebab tertentu kan. so lecturer still kira markah dia plus dengan carry mark, alhamdulillah dia boleh dapat A+

yang takbestnya supp paper ni bukan setakat gred c tu tapi status korang juga takkan sama dengan kawan korang yang lain walaupun grad sama-sama. status mode study korang akan jadi "sepenuh masa lebih tempoh" walaupun korang grad on time. kalau student yang tak terlibat dengan supp paper ni kan mode pengajian dia "sepenuh masa".

result supp paper akan keluar lebih kurang 2minggu lepas exam. korang kena slalu update jugak. boleh tengok kat student portal macam biasa. dan hea jugak akan call korang untuk inform sama ada korang lulus ke tak supp paper ni

yang paling merisaukan pelajar semester akhir adalah kesan supp paper pada result penerapan. InsyaAllah kalau ada rezeki korang boleh dapat penerapan intake tersebut tetapi selepas buat rayuan. bila dah dapat result penerapan korang akan dapat status gagal sebab yelah dah gagal paper kan and korang kena terus buat rayuan walapun belum ambil supp paper lagi ataupun result supp paper belum keluar. buat je rayuan, pilih course yang banyak tempat and peluang. jangan pilih course yang terhad sebab peluang tipis nak masuk course yang limited ni. pandai pandai la korang buat research pasal course degree ni

tu je dari cikreen, goodluck supp paper!
assalamulaikum

step daftar supp paper : https://haziqzikri97.blogspot.com/2018/02/supplement-paper-uitm.html

Comments

  1. Hi sis naktanya beberapa soalan :)

    1) supp paper ni untuk certain subjek je ke ada ? mostly kalau sub tu failure rate dia tinggi maksudnya memang akan ada la kan supp paper untuk subjek tu ?

    2) selalunya untuk registration supp paper ni dia buka bila after result keluar ?

    3) and after dah mohon selalunya berapa lama untuk tunggu untuk sit paper tu ?

    4) then after dah sit paper tu betul ke orsng kata result dalam masa sebulan after resit paper ?

    5) pastu, macam dalam kes saya skrg , course saya hanya ada 6 sem sahaja sem keenam last tu adalah untuk intern, tapi saya gagal satu sub jadi saya ambik paper tersebut pada sem ke 6 yang sepatutnya saya intern, jdi saya akan intern sem 7 , tapi andai kata paper yang saya ambik sem 6 yang tadi tu still gagal lagi , adakah saya layak untuk ambik supp paper ?

    6) lepastu patut ke saya pergi intern dulu walau saya ambik supp paper tu ?

    7) then , ni contohla kan saya kira2 dan buat andaian pada tarikh , let say result supp paper saya keluar 10/4 nanti , then dalam masa sama saya dah apply penerapan pakai result lama , jadi adakah result baru tu akan tampal yang lama dalan sistem tu ?

    8) then let say result tu akan berubah dalam sistem , adakan akan effect penerapan saya and contohla orang kata result penerapan selalunya keluar seminggu sebelum naik sem kan , adakan possible untuk saya dapt penerapan ?

    9) kalau contoh dapat alhamdulillah if saya tkdapat kan bolehke buat rayuan untuk first intake penerapan tu , and kalau boleh and lulus rayuan tu maksudnya saya akan masuk lewat seminggu dua la kan dari batch first intake penerapan tu ?

    :))) maaf panjang sebab dah baca semua komen saya cuma nak confirmation dari soklan saya sendiri 😅, saya harap sis notice komen saya ni haa . aaaminn2 semoga sis dipermudahkan urusan byee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa yang anda perlu tahu tentang Pengecualian Kredit UiTM

BA244 - Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi

Supplementary Paper UiTM