UiTM Puncak Alam pelik?

Hai Asslamualaikum 😊

So harini nak share berkenaan dengan UiTM Puncak Alam yang cikreen rasa suasana dan pengurusannya jauhhhh beza dengan kampus lama cikreen. Mungkin perkara ni pelik dan unik bagi cikreen tapi tidak bagi anda, mungkin cikreen yang jakun 🤣🤣 apakata suarakan pendapat anda di ruangan komen 

1. Kelas 8.30am
untuk pengetahuan semua, di kampus puncak alam kelas bermula pada jam 8:30 pagi. Peliklah bagi cikreen sebab sebelum masuk palam ingatkan semua kampus akan start kelas jam 8:00 pagi. Walapun online kelas, kami tetap start jam 8:30am pagi 

2. Kelas lambat, keluar awal
untuk yang duduk kolej dahlia terutamanya, kalau nak sampai kelas on time, cikreen kena keluar bilik seawal 7.30 pagi atau paling lewat pun 7.45pagi sebabnya nak naik bas, naik lift dan perjalanan ke kelas tu sendiri memang makan masa. Ini lah faktor kenapa kelas di palam bermula lambat walaupun pelajar kebanyakkannya tinggal dalam kampus. Berbezalah dengan kampus lama cikreen iaitu lendu, keluar bilik 10min sebelum kelas mula pun rasa selamat lagi

3. Beratur dimana mana
dekat palam selain kena beratur beli makanan, pelajar kena beratur naik bas, nak naik lift pun beratur dan barisan tu memanglah teramat panjang ya lagi-lagi kelas pukul 8.30pg dan pukul 2ptg. sebab tu kena keluar bilik awal sebab banyak check point yang kena beratur. Kalau kelas petang cikreen akan gerak sebelum zohor dan solat di fakulti


inilah suanana beratur menunggu bas. bayangkan 7.30pagi
barisan sudah sepanjang ini


ini pulak queue di FSK6.. panjang lagi sebenarnya tu, terlindung
bawah bumbung

4. Pengurusan 
di UiTM Puncak Alam, pengurusan HEA dan HEP nya berbeza mengikut fakulti. Maksudnya, Fakulti Business ada HEA dan HEP sendiri, Fakulti account ada pengurusan HEP and HEA sendiri, Setiap falkulti anda jabatan pengurusan sendiri. Berbezalah dengan kebiasaan dia kampus lama yang mana urusan HEA dan HEP nya ada satu sahaja untuk 1 kampus
Jadi untuk yang baru masuk palam, make sure korang berurusan dengan pihak yang betul ya 😊

5. Tangga
rasanya semua orang tahu kot palam terkenal dengan 'tangga kejayaan' yang menghubungkan fakulti dengan kolej pelajar. Tapi sebagai pelajar yang menetap di kolej dahlia, tangga dahlia pun boleh tahan ketinggiannya. Hari-hari kami kena naik tangga tersebut untuk ke bustop, berpeluh jga lah naik tangga tu. Bayangkan baru keluar bilik dah berpeluh naik tangga. Belum beratur tunggu bas tengah panas, belum jalan ke fakulti lagi, nak kena beratur naik lift lagi fuhh perjalanan harian kolej-kelas kat palam memang memenatkan

6. Surau
Yang bestnya kat Palam ada banyak surau, satu bangunan tu ada 2 surau biasanya, so korang boleh pilih mana2 yang dekat dengan kelas. Tapi ada juga part tak bestnya, Cikreen rasa lelaki takda masalah, tapi perempuan Ya Allah.. nak solat pun mencabar ya 😂 sepanjang cikreen study kat PAlam cikreen dah pergi lebih daripada 6 surau berbeza, semua penuh. Bayangkan pukul 12.15 dah start penuh surau. Surau kecik ke besar ke sama je semua penuh
Cadangan cikreen untuk perempuan, jagalah aurat anda dengan baik, pastikan pakaian kita sesuai pakai solat terus, senang. Bayangkan waktu solat kan berubah-ubah, cikreen ada pengalaman zohor dalam pukul 1.30 then pukul 2 kelas, nak solat dah perlukan berapa minit, pakai tudung? taouch up muka? nak berjalan ke kelas lagi.. kalau kelas nak kena beratur lift? Allahu hahaha

itu jelah dari cikreen, kalau anda rasa ada point yang cikreen tertinggal boleh tambah diruangan komen okeh..
kalau ada persoalan boleh tanya jugaaaa nanti cikreen reply ✌
byeee



Comments

  1. hi..beratur untuk naik bas tu setiap hari? tak de ke student jalan kaki ke kelas..atau asrama memang jauh dari kelas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa lelaki je jalan kaki, dan perempuan yang stay kolej berdekatan dgn tangga kejayaan.
      Gambar tu dari kolej Dahlia and mmg student yang stay dahlia takde yang jalan kaki sebab jauhhhh sangat

      kalau kelas habis pukul 12 @ 6 beratur lagi panjang kat faculty, sebabnya ramai student yang stay kolej dekat dengan tangga kejayaan sanggup datang kelas jalan kaki, tapi tak ramai yang sanggup balik kolej jalan kaki (google la tangga kejayaan uitm palam kalau nak tgk sanggup ke tak 😅)

      Delete
  2. Assalamualaikum kak, saya ada 2 soalan :
    1. Apa beza Uitm Shah Alam dengan Uitm Puncak Alam? Dari segi kediamannya (maksudnya adakah kita akan stay dengn kediaman tu mengikut course yg ditetapkan ke macam mana tu)

    2. Betul ke ada org cakap kalau kita apply uitm, kebarangkalian utk kita mendapat uitm secara rombak adalah tinggi? Betul ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, kalau uitm puncak alam kolej akan dibahagi ikut faculty,
      tapi bukan lah 1 faculty 1 kolej, maybe 1 kolej tu campur 2 atau 3 faculty. so housemate akan campur-campur juga course

      yep, uitm akan dapat secara random.

      Delete
  3. Assalam akak, nak tanya. Student degree yg nak duduk kolej tu kene ada syarat apa2 ke? Atau semua org blh mintak as long as ada bilik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusslam, ya semua boleh minta. Tapi before covid, kena kumpul merit untuk stay kolej. lagi banyak merit, lagi tinggi chances nak dapat kolej

      but nowadays, siapa nak duduk kolej mmg akan dapat. sebab online class kan, ramai yang prefer study dari rumah.

      btw if fbm student nak stay kolej sebab line kat rumah tak ok ke, tak conducive ke, dah demotivated study kat rumah kee.. go for it. ramai jee dtudent kat kolej tu, tak sunyi pun sebab ada courses yang 'hybrid' kan especially for lab student. meriah je kolej tu, dont worry, take care of your mental health

      Delete
    2. Ohh okayy thank you reply🥰

      Delete
  4. Assalam..kak Reen nak tya dekat kolej ada x masalah air..Sb apa se tahu saya Selangor kan selalu ada isu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, masa cikreen stay sana takpernah pula ada masalah air
      tapi taktau lah kann, isu macamni takboleh nak predict

      Delete
  5. Assalamualaikum kak reen. Saya baru je dapat result upu. Dan saya dapat degree of accounting Di uitm puncak alam. Ada apa2 tips tak?

    ReplyDelete
  6. Hi nak tanya, pelajar uitm puncak alam ni dibenarkan tinggal di dalam hostel dari sem 1 hingga tamat pengajian ke? Ataupun dibenarkan tinggal pada semester 1 sahaja?

    ReplyDelete
  7. cikreen srudent intake bila? sy intake august 2019. Skrg sem 5. Odl je lah buat masa ni. Waktu awl2 masuk dulu mana ade sistem beratur2 ni. Semua main redah n berebut2 bas. Ada org yg x suka berebut tu, terpaksa lah sampai fakulti lmbt walaupun die tunggu bas awal. Mpp yg buat sistem beratur tu and akn ade org jaga setiap bus stop time awl2 lah. Skrg x yah dah. Lif dkt fsk6 ade byk tpi tetap lambat jgk sbb ade yg rosak. Sy pernah naik tangga fsk6 sampai tingkat belas2 x brp ingt. Kt uitm palam mmg die galakkan sgt berjalan kaki utk kesihatan. Hrmm rindunya dgn palam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikreen dah habis belajar.
      yes cikreen dulu pun kaki rebut 🤣 lepas MPP dah start buat sistem beratur ni selalu cikreen tunggu bas rapid je.. bayar pun bayar lah asalkan x beratur panjang

      lift FSK6 tu bagi cikreen agak lambat dia bergerak. and student pun ramai, so 6 lift tu terasa sikit , lagi lagi masa pack hour. cikreen pun pernah lari naik level belas2 sebab dah lewat. sampai kelas aircond pulak tak berapa sejuk, fuhhh mandi peluh ui.. lect ajar pun tak focus sebab penat sangat hahaha rindunya lahai

      Delete
    2. Cikreen dah hbis bljar. Boleh ke share pengalaman dlm mencari kerja dsg. Sbb Saya pun tgh fikir utk apply operation management. Tpi tfikir ttg skop pekerjaan dll. 😊

      Delete
  8. hai cikreen saya nak tanya kalau student master diorang dapat duduk kolej atau mmg kena duduk luar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. master tak sure, masa cikreen study dulu rasa macam takde. tapi tak sure student master boleh apply kolej ke tak

      Delete
  9. Hi saya nak tanya, kalau saya diploma in business studies boleh ke kalau saya nak ambik degree in operation management? Kalau boleh adakah saya perlu start dari semester 1 dari penerapan atau akan ada pengecualian kredit?

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput baca entry degree saya, dan entry pengecuaian kredit. saya dah ulas

      Delete
  10. Assalamuailaikum. Just want to give it try. Did you know student palam name Sofea Dahlia Binti Dzulkifli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Student fssr

      Delete
    2. Waalaikumussalam, em sorry tak kenal pulak. saya bukan dari fssr 😅

      Delete
    3. Kenapa? Dia gf saya tapi bukan student sana kenapa ye?

      Delete
  11. Hai saya nak tanya. Sekarang saya sem 3 degree odl kat rumah. Sem 4 pulak katanya dah start f2f. Rasa² ada peluang tak nak duduk kolej? Sebab kawan kat kolej kata dah start kumpul merit sem ni.

    ReplyDelete
  12. cik reen masih study di palam ke?

    ReplyDelete
  13. Salam nak tanya kalau dari kolej rafflesia nak ke fakulti farmasi perlu lalu tangga kejayaan jugak?

    ReplyDelete
  14. Kolej rafflesia jauh tk dgn fakulti business?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tbh, cikreen rasa semua kolej jauh 😝 taapi raff still boleh jalan kaki ke fakulti, ikut tangga kejayaan

      Delete
  15. hai Cik Reen boleh sy dptkan email atau no fon Cik. sy akan ambik course itu mohon pertolongan dlm tunjuk ajar .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa yang anda perlu tahu tentang Pengecualian Kredit UiTM

BA244 - Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi

Supplementary Paper UiTM