Barang keperluan di universiti

hi assalamualaikum.

siapa yang dah bersedia nak melangkah kaki ke universiti? yessss kita geng
okey simple posting harini, jom buat checklist keperluan kat universiti nanti
  1. Pakaian lengkap. haa lengkap macam mana? maksudnya dari atas ke bawah. make sure sediakan pakaian yang menutup aurat. jangan kita hanya patuh pada pamduan pemaikaian universiti tapi ingkar panduan pakaian dari Ilahi
  2. kasut secukupnya. selipar nak pi jamban jangan lupa. kasut sukan dan kasut untuk ke kelas.
  3. toiletries. haaa bawak semua ye, sabun mandi shampoo pencuci muka, scrub, ubat gigi, berus gigi.pastu jangan duk lempaq pulak barang hang dalam toilet, buh dalam satu bekas. cikreen sarankan uols guna bakul yang jaring jaring bahagian bawah dia so nanti takde la air takung. kang berlumu pulah kalau pakai baldi yang kecik tu.
  4. barang laundry. sabun basuh baju, softener, baldi, hanger, sepit baju, pastu beli la hanger bulat untuk gantung baju baju kecik tu. tips selamat, bawa juga laundry net supaya korang boleh masukkan pakaian kecik dalam tu bila guna mesin basuh. nanti takde la kes hilang sebelah stokin lepas basuh
  5. stationary. notebook, testpad, alat tulis, fail, paper clip, sticky note etc. haa yang ni ikut kome lah nak bawak apa. ikut keperluan masing masing
  6. makanan ringan jangan lupa. kadang kadang tak sempat nak makan haa ada la juga kudap kudap dalam bilik. please jangan biasakan makan mee segera, tak elok untuk kesihatan
  7. keperluan bilik. bantal, selimut, cadar, tong sampah, alas kaki, padlock locker, plastik sampah, cermin(biasa kalau kampus lama tak sediakan cermin) heater senang nak masak air, iron, iron board. siapa yang over macam cikreen bawak pewangi untuk bilik and untuk almari kayy. bukan apa roommate kentut busuk hahahaha gurau.
  8. barang eletrik ikut keperluan macam laptop,camera, charger,power bank, extension wire
  9. yang sakit tu ubat ubatan jangan lupa. yang tak sakit pun atleast sediakan minyak angin and minyak gamat k
  10. payung pun sangat penting. make sure bawak okey, cikreen sarankan bawak yang jenis lipat tu. senang nak sumbat dalam beg. kalau dapat kawan mulut becok subat dalam mulut dia
  11. personal care. bedak, ubat tiak, minyak wangi, makeup, haaa apa apa lah yang nak bawak. perempuan pegi kelas jangan nak makeup 10kg eh.. kang cikreen celup muka tu dalam kolah masjid
  12. yang islam, sejadah telekung alquran jangan lupa. kang mati kejung cikreen taktahuuu
  13. lastttt, pinggan mangkuk sudu garfu jangan lupa. kalau takde makan je dalam baldi jangan nak pinjam orang punya

haa itu sahaja dari cikreen. yang lebih lebih tu cikreen melawak jaa jangan terasa k
assalamualaikum

Comments

Popular posts from this blog

Apa yang anda perlu tahu tentang Pengecualian Kredit UiTM

BA244 - Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi

Supplementary Paper UiTM