Persediaan sebelum ke menara gading?

hi assalamualaikum

untuk entry kali ini, cikreen nak share beberapa persediaan sebelum melangkah ke menara gading. sebelum cikreen publish, cikreen ada la tinjau beberapa sharing daripada sahabat blog untuk cikreen dapatkan idea untukposting kali ni. so cikreen nak campukan apa yang cikreen google dan pengalaman cikreen sendiri dalam blender and cikreen akan tuang kat sini..

so, macam mana result upu adik-adik, kakak-kakak, abang-abang? yang dapat tu dah ready ke nak melangkah ke alam baru? yang tak dapat tu jangan risau ok,ada seribu lagi laluan nak sambung belajar, jangan putus asa ok? teruskan mencari.

okeh untuk yang dapat tu,dah ready ke? ke masih baring golek golek atas katil? haa nih nak share tips dan keperluan ke menara gading.

bila korang dapat je tawaran ke universiti tak kisah la ipta ke ipts ke korang memang kena bersedia mental dan fizikal. belajar kat universiti tak sama dengan belajar kat sekolah. kawan kat universiti pun tak sama dengan kawan kat sekolah. bukan tu je senang cerita semua benda lain. ada benda baik dan ada benda buruk. sebab tu korang kena ada persiapan rapi sebelum melangkah ke menara gading. nak tahu persiapan yang macam mana? meh nak share

first sekali korang kena sesuaikan diri dengan tempat tu. pastikan korang selesa dan serasi dengan tempat tu. macam mana nak serasi? cari positive vibes kat situ. ye korang kena cari kawan yang baik, roommate yang baik, rajin etc. sebab walaupun korang pelajar cemerlang or pelajar contoh kat sekolah, tapi bila masuk universiti ramai yang terpengaruh dengan kawan dan akhirnya terpesong mungkin dari segi akhlak mahupun akademik.

yang kedua, pastikan korang study dulu course yang korangdapatdan tempat yang korang akan pergi. sebab apa? haa pengalaman cikreen la ramai je coursemate cikreen yang baru 2 minggu start kelas dah drop course sebab tak boleh bawak subject tu, ada juga yang apply keluar terus dari universiti sebab tak serasi dengan course or tempat tu. make sure korang tahu atleast benda basic pasal course tu ok? contohnya korang boleh cari senior yg belajar dalam course tu, tanyalah berkaitan subject yang korangakan ambil, tanya juga macam mana kehidupan kat sana. ini bonus ye kalau korang ada kenal senior kat tempat tu. sebab dia akan banyak bantu korang masa first week nanti. please kalau boleh cari senior kat tempat tu.tak susah pun tweetter kan ada. tweet je kat mpp universiti korang tu

next, pastikan korang bersedia. haa tahu tak bersedia macam mana? bersedia untuk menghadapi perubahan hidup -hahgittuwww. bila kat universiti korang kena sedia tinggalkan family, takleh nak homesick ye, takda sapa nak pujuk hang. then korang kena sedia hadap beberapa perubahan macam jadual tido, persekitaran, attitude etc.

last, korang kena pandai bawak diri. masa kat universiti ni korang akan belajar urus diri sendiri. takda sapa peduli hang solat subuh ka dak, takada yang nak kejut hang bangun pagi, takda orang nak hidang breakfast haa semua sendiri. kalau dapat roommate yang ok kejut subuh tu alhamdulillah lah ye. ni ramainya satu bilik semua subuh ke laut

so rasanya itu je tips dari cikreen. kalau ada tambahan nanti cikreen update ye,
Assalamualaikum and goodluck

Comments

Popular posts from this blog

Apa yang anda perlu tahu tentang Pengecualian Kredit UiTM

BA244 - Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi

Supplementary Paper UiTM