BA244 - Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi

Hi, Assalamualaikum
harini ini, cikreen nak cerita tentang course yang cikreen ambil semasa degree iaitu BA244 - Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi ataupun in english BBA (Hons.) Operations Management gittuww. Btw, sebelum cikreen semput nak sebut nama course yang terlebih panjang ni, cikreen nak bagitahu singkatan untuk nama course ini ialah OPEM. So, basically course ni tak tahu lah kenapa tapi ianya agak kurang mendapat sambutan. Biasanya kalau sebut sahaja degree in business course yang menjadi pilihan adalah Human resourse, finanace dan international business. Opem ni jarang lah diperkatakan orang, bilangan student dalam 1 batch pun tidaklah begitu ramai, macam batch cikreen hanya ada 3 kelas sahaja termasuk 1 kelas untuk student bukan penerapan


Sebagai permulaan, Cikreen nak habaq yang cikreen merupakan lepasan diploma UiTM dihatiku dalam course Business Studies BM111. So lepas habis diploma, ditawarkan pula untuk melajutkan pelajaran dalam bidang Operations Management. Masa mula-mula dapat tu terfikir juga, ok ke course ni? boleh ke cikreen bawa? bidang kerja bahagian apa nanti? Lepastu ada juga cikreen tanya kawan-kawan tapi mostly diorang pun tak familiar dengan course ni. Dalam ramai-ramai classmate masa diploma dulu, dah la cikreen sorang je sambung course ni. Dalam hati : "Aduhhhh takde geng" Then, ada pula memekkan dari orang "course ni nanti kerja kilang", "course ni sesuai untuk lelaki sebab kerja bahagian logistik" ahhhh sudah biar betul? Okeh tibalah masa untuk buat research. Masa mula-mula try google pasal course Opem ni, tapi tak banyak sangat info yang cikreen dapat. Tapi cikreen tetap gagahkan juga hati ni untuk masuk bidang ini. Tutup telinga kejap dengan kata-kata orang "dah grad nanti kerja kilang la tu"

Okay, pertama sekali, apa yang korang perlu tahu : Yes! Study course opem memang ada bidang kerja di kilang. So jangan marah lah kalau oarang cakap korang kerja kilang. Second, korang kena tahu yang kerja kilang ni banyak bahagiannya, tapi level korang ni bukan pekerja kilang biasa-biasa ye. Tapi boleh jadi pekerja kilang yang berjawatan tinggi!

Selain dari itu, apa je bidang kerja course opem ni? Haaa ni nak bagitahu bidang yang berkaitan dengan graduan opem ialah Executive and middle level management positions yang berkaitan dengan :
1. Operasi Pembuatan & Pengeluaran / manufacturing & production operation
2. Jaminan kualiti / Quality assurance
3. Perbankan & Insurans / Banking and Inssurance
4. Logistik & Rantaian Bekalan / Logistic and supply chain
5. Kejuruteraan & Pembinaan / Engineering and construction
6. Penguatkuasaan (Keselamatan, Kualiti & Audit) / Enforcement (Safety, Quality & Audit)
7. Penyelidikan & Perundingan / Research & Consultancy

haaa macam mana? makin menarik tak course ni? Masa cikreen first sem, lecturer cikreen ada juga bagi tahu : Course operations management ini berkaitan dengan Engineering Management. Coppp!! kena ingat tau Engineering Management which is bahagian pengurusan bukan Engineering Technology yee. Haaaa bangga tak berpeluang untuk berada dalam department engineering? Apapun dalam fakulti, opem diletakkan di bawah Department of Technology and Supply Chain Management Studies bersama-sama dengan dua course lain iaitu BA232 - Bachelor in Office Systems Management (Hons) dan BA247 - Bachelor of Business Administration (Hons) Transport

So, kalau ada kawan-kawan yang ambil course Transport dan office system akan terdapat persamaan dalam beberapa subjek yang diambil sebab kita 1 department. Sebagai info, antara bidang ataupun subjek yang dicover dalam course ini dimana ianya berkaitan dengan bidang pekerjaan macam yang cikreen dah  listkan diatas ialah :
  • Project Management
  • Quality Management
  • Safety Management
  • Job Design
  • Production Planning & Control
  • Operations Management in the Service Sector
  • Purchasing & Inventory Management
  • Physical Supply & Distribution
  • Supply Chain Logistics Management

Kat sini cikreen sharekan juga subject yang bakal kalian ambil sepanjang bergelar student opem beserta subjek yang korang boleh dapatkan pengecualian :

Untuk subject yang bertanda (**) bermaksud ada pilihan. Contohnya kokurikulum, korang boleh pilih nak join badan beruniform apa. Kemudian elective 1 dan 2 adalah subject tambahan. Wajib ambil ye walaupun tambahan. Subject ni paling best sebab kita belajar diluar bidang kita. Kalau di UiTM Puncak Alam, ada banyak pilihan. Seingat cikreen ada dalam 15-20 pilihan macamtu. Ada malaysian cinema, nutritions, animation, insurance, sport, fashion design, digital printing, recording dan lain-lain. Boleh pilih mana yang korang suka plus kena rebut ye sebab limited  seats. 

Untuk subject yang wording dia cikreen colourkan dengan warna kelabu tu ialah  subject yang cikreen dapat pengecualian credit (PC). so tak perlu ambil lagi. Subject yang tinggal tu kita gabungkan dan tarik sikit subjek semester akan datang sampai cukup 6 subject dalam semester 2. Kalau korang diploma busines studies - degree opem, korang boleh dapat pengecualian yang sama dengan cikreen. 
Untuk lepasan matrik, stam, stpm dan lepasan diploma selain UiTM tak akan diberi PC ye. So journey kalian akan bermula dari semester 1

"cikreen saya lepasan diploma UiTM tapi course lain, boleh PC ke?"
"cikreen saya dulu fakulti lain boleh buat PC tak?"

Lastly, thank you korang sebab sudi singgah dan baca blog cikreen. Semoga dekan every sem!
Btw,  kalau nak tanya, komen je nanti cikreen reply ye

byeeee 


 

Comments

  1. Salam nak tanye .. akak dpt kos ni dekat kampus mane ye ? Sbb saya pon akan sambung blaja kos ni 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,, UiTM Puncak Alam ;)

      Delete
    2. saya nak tnya kalau sye dri ipta lain amik course business studies tpi nk sambung ke fashion design untuk degree blh ke eh?

      Delete
    3. kalau melepasi syarat yang ditetapkan boleh je.. boleh check syarat kelayakkan kat sini:
      https://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2019

      Delete
    4. mcm mana nak register utk part time BA247 - Bachelor of Business Administration (Hons) Transport

      Delete
    5. boleh tgk dekat website portal pengambilan pelajar uitm

      Delete
  2. Assalamualaikum, kak ... Saya nk tanya saya ambik diploma in banking pastu klu saya ambik degree in opem akan dapat pengecualian credit sama Ngan gmbr yg kak bgi kt atas ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. awak tak dapat pc untuk international business. yang lain semua sama

      Delete
    2. maksudnya tak dapat pc utk international business sahaja ke?yg lain semua pc sama cam akak gitu?maaf saya baru nk beljar,dari dip banking juga tapi dpt sambung degree opem 😊

      Delete
    3. ye betul tu. so awak punya pc total 13subject :)
      Palam eh? goodluck!

      Delete
    4. ohhhh okay thankyou!!dapat dungun emm.. memang sem 6 practical ehh?

      Delete
    5. oh wow Dungun dah ada intake student penerapan..
      ke sebelum ni mmg ada? cuma saya yg tak tahu 🤔

      yes sem 6 practical

      Delete
    6. Hai kak, saya sekarang sedang sem akhir dip om, kalau saya nak amik penerapan and further study course operation ni ada pc tak and how long ek?

      Delete
    7. haiiii, ada. of course ada pc,tapi tak banyak yg boleh pc. and first sem tu sakit sikit la total 9 subj tak silap untuk ex-om
      and kawaan cikreen ex-Om kat palam dia takde fix class sbb kena susun class ikut subject sendiri... sampai sem 4 baru ada fix class

      Delete
  3. Hi, saya dip uitm tourism mgt but in degree kalau i pursue this course okay ke? Boleh awak bgi saya pencerahan lagu sbb saya nak ambik course ni tapi still takut takut lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii,, kalau awak minat and rela nak start dari 1sem ok je
      awak nk pencerahan dari sudut apa ye? sbb i take sure nk cerita part mana hehe
      cer bgtau awak nak tahu mengenai apa?

      Delete
  4. hai kak reen, mcm mne nk contact eh ?

    ReplyDelete
  5. course ni mcm mne eh?brpe perecent clculation and theory?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya punya anggaran.. 70% theory 30% calculation

      Delete
  6. Assalamualaikum cikreen... Opem ni ada kira2 tak?

    ReplyDelete
  7. salam... cikreen buat apa sekarng? senang tak sub ni...banyak membaca ke ke balance theory n calculation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm susah sng tu bergantung pada org juga lah kan,
      tapi bagi cikreen ok ok sahaja.. banyak theory calculation tu sikit2 je

      bestnya ambil course ni sbb banyak pengulangan topic.. contoh kann sem2 cikreen dah belajar forcasting bawah subject Operations management, then sem 3 belajar lagi bawah subject service, sem4 belajar forcasting lagi dlam subject Planning and Control. bukan lah 100% forcasting yg sama ada perubahan sikit-sikit and ofcourse lebih mencabar sikit dari sem sebelum tu.. Tp dia buat kita lebih mudah faham and mahir bab ni

      banyak lagi topic2 berulang dalam course ni.. sebabtu kalau adik2 pernah dengar dulu ada senior penerapan terus masuk sem3 (so total sem degree 4sem sahaja termasuk intern) sbb banyak subject dibenarkan PC. tapi sekarang tak ada dah huhu

      Delete
  8. salam... nak tanya.... nanti sambung degree ambik penerapan still kena amik kor ke? btw maaf tanya sbb saya tak nak yg dah dicolorkan dengan warna kelabu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusslam.. penerapan tak perlu ambil kokurikulum dah :)
      boleh dikira sebagai PC

      Delete
  9. Assalamualaikum, cikreen. Nak tnya. Saya dari kos Diploma Pentadbiran Korporat (AM120). Saya nk tnya saya boleh dpt pc tk? sebab saya tengok ada certain subject sama dngn kos ni, contohnya business law, financial management.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt,
      student penerapan mmg akan dapat pc, tak kisah dari course lain ke.. faculty lain ke..
      cuma yg bezanya jumlah PC tu sbb bergantung pada subject yang kita dah ambil masa diploma

      Delete
  10. Salam, cik reen. adik saya belajar bidang cik reen. boleh saya tahu tak pengalaman intern cik reen bagaimana? cik reen intern di mana ye?

    ReplyDelete
  11. Hai, saya nak tanya,, course ni dikira "killer" tak? 😂

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..Cik Reen..nak tye..antara opm 554 procurement managemebt dengan opm 538 osh..mana lagi senang ye?

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum nk tnya. pjj n full time sama ke subjek2 nya?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, hope cikreen can share abt pc and how kita boleh lompat sem

    ReplyDelete
  15. Hi awak, kita baru dapat sambung degree in opem kat uitm puncak alam and sebelumni kita diploma in banking kat uitm segamat. Memula sedih jugak sebab dah takde geng sama dengan kita tapi bila baca blog cikreen rasa excited pulak nak sambung degree! Thank you sudi share pengalaman, doakan saya tau! Hehe semoga urusan awak pun dipermudahakan sentiasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak congratssss ;) semoga success and dekan every sem! just enjoy the journey okayy

      Delete
  16. hi cikreen, saya nak tanya.. so far opems ni kira mcm best jugak ke ? saya dapat penerapan opems , tapi masih samar-samar tentang kos ni hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi cikreen saya nak bertanya untuk course opem ni boleh masuk alam perbankkan tak untuk ke alam pekerjaan😊

      Delete
    2. boleh.. bahagian operation 😊

      Delete
  17. hi cik reen, sy br habis dip course BM118 ( pengurusan teknologi pejabat) at Puncak Alam. n dalam planning nak buat dgree Pjj di Melaka. if sy ambil HR, PC diambil kira tak gaknya?

    ReplyDelete
  18. hi cik reen,saya nak tanya.masa practical cik reen practical kat mana dah dalam bahagian apa?

    ReplyDelete
  19. Hi cik reen, saya merancang nak apply ke course finance atau hr bawa fakulti business semasa degree sebab saya sekarang tengah sambung dalam diploma filem from fakulti yang lain. Syarat syarat uitm untuk degree bawa fakulti BA ni semua lepasan diploma uitm. Agaknya boleh apply and dapat masuk ke?

    P/S : Sebab saya pernah dapat tawaran belajar banking waktu first intake and time SPM saya dapat A- untuk account, tapi saya nak belajar dalam bahagian tu kemudian time degree dan try pursue benda baru waktu diploma. Degree baru nak apply course under fakulti business.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau memenuhi requirement insyaAllah boleh je

      cikreen pun ada ramai kawan yang dari course2 lain masa diploma tapi masuk BA degree
      contoh kawan cikreen:
      dari accounting > ke Operations Mgt
      dari diploma bangunan > health admin
      dari tourism > HR
      dari faculty science (tak ingat course apa ) > masuk BA

      Delete
  20. Assalamualaikum, saya student uitm lepasan diploma daripada fakulti business n management tahun 2021 ni jugak. Saya punya kes masa hujung diploma saya tak apply untuk penerapan n muet pun saya tak ambil jugak sebab bercadang nak bekerja lepas diploma tamat. Tak lama lepas keputusan penerapan keluar, situasi sekarang ni, saya jadi berminat nak sambung degree sebab seronok tengok kawan berjaya penerapan. Jadi, saya nak tanya pasal PC tu saya valid lagi ke? Boleh ke saya buat MUET masa awal awal sem degree nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusslam, ya valid. MUET tu kena buat sebelum masuk, nak form apply degree nanti ada soalan berkaitan status MUET. tak sempat dpt result sebelum apply degree takpe janji dah buat

      Delete
  21. Saya baru ke dpt rayuan penerapan dalm bidang opems ni, tapi terlalu mendadak untuk belajar, msuk2 terus belajar dgn nak buat pc lgi, akk rse mne patut sy ambil, kalau sy tggu upu boleh ke saya dpt upu, muet sy band 2, pointer dip smua okay atas 3.00 tapi muet je :(, apa pendapat akk terima ni atau tggu upu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpulang pada awak
      kalau batch cikreen pelajar rayuan semua akan dimaksukkan dalam 1 kelas. tak campur dengan kami. so tiadalah yang tertinggal

      tapi kalau campur kelas pun, cikreen rasa okay sahaja.. belajar untuk berkawan walaupun online, and jangan malu nak contact lecturer kalau tak faham 😊
      jangan rasa malu kalau dapar rayuan, rezeki awak tu. ramai lagi yang tak dpt peluang ni
      Jangan hanya sebab yang kecil awak menolak peluang depan mata.. fikir elok elok yaa 😉

      Delete
  22. Salam...kalau saya lepas diploma in Business Studies tapi degree nanti nak sambung Degree in International Business....boleh dpt pc mcm cik reen tak ?

    ReplyDelete
  23. salam, nk tanya antara opem & Sarjana muda pentadbiran perniagaan ekonomi perniagaan mana 1 pilihan utama dari pandangan cik reen sbb sy baru daftar utk part time degree tp sy letak 1 choice ekonomi perniagaan..sy keja dlm sektor telekomunikasi (TM)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, maaf saya tak pasti sbb saya tak tahu scope study course economy
      jadi susah untuk saya compare kedua-duanya

      Delete
  24. dan lg satu dari segi yuran utk 1 sem berapa ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau full time RM590/sem
      kalau PJJ biasanya ikut jumlah subject @ credit hour per semester

      Delete
  25. assalamualaikum kak..kalau lepasan stpm memang wajib ke ambil koq utk first 3 sem..atau ia hanya elective?...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. curriculum wajib 3 sem

      Delete
  26. assalamualaikum cikreen tumpang tanya ye, saya berminat untuk ambil pjj di uitm melaka untuk course bm244 , rasanya ada di uitm shah alam je,

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusslam, ya pjj 244 takde kat melaka. uitm puncak alam ada

      Delete
  27. Salam kak reen...ade pjj tak subjek ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusslam,, ada awak

      Delete
    2. Saya nak tanya
      1) berape yuran untuk pjj dan full time
      2) mmg university swasta tak boleh transfer credit ke

      Delete
    3. 1) fultime first sem rm878, sem seterusnya rm590 | Pjj ikut credit hr
      2) baca posting saya berkaitan pengecualian credit uitm ya, bahagian komen saya dah pernah explain

      Delete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaaikumussalam, 2 tahun setengah.
      beza 1 sem, penerapan akan terus masuk sem 2

      Delete
  29. Assalamualaikum cikreen, kalau lepasan dip uitm untuk penerapan tu mmg kene tunggu tawaran dr uitm je atau boleh mohon penerapan.

    ReplyDelete
  30. kak ada soc med ke yg boleh dihubungi sebab nak tnye lg detail

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  31. Hi sis.. biasanya kalau praktikal dalam bahagian/ position sebagai apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends apa yang awak dapat. Opem ni scope besar and boleh cover banyak position macam quality, production, warehouse, inventory etc

      macam cikreen intern project management

      Delete
  32. Hi sis.. biasanya kalau praktikal dalam bahagian/ position sebagai apa ye?

    ReplyDelete
  33. Kakak kalau saya nak sambung study di kos kedoktran boleg

    ReplyDelete
  34. Saya baru je dapat tawaran kos ni harini, baca akk punya ni ada vibes positif masuk dlm diri saya sebab nampak macam seronok hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa semangat bila baca posting cik reen. Doakan saya dapat course ni

      Delete
  35. Assalamualaikum Cikreen. Saya nak tanya. Selepas dah lepas PC, dan dah tarikh subjek ke 1st dan 2nd. Adakah tempoh belajar kuta tetap 6 sem, atau dipendekkan satu sem atau macam mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends on jumlah PC. Kalau banyak akan jadi 5 sem

      Delete
  36. hai, kite baru apply BA244 for sesi 2 (2021/2022) untuk partime degree...jauh menyimpang sngt ni sbb dulu ambil diploma seni bina....nak ambil logistik tp xde partime plak...harap dapat la sebb susah naw nak cari kerja dgn gaji tinggi dgn diploma ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dnt worry, course opem pun cover supply chain and logistics

      Delete
  37. hii nk tnyee, course ni memerlukan laptop yg spesifik x ataupun kalau ada samsung tablet s7 fe tu pun dh okay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde specific laptop, but im suggested using laptop instead of tab.. sebab nanti akan ada few software yg kena install such as bizagi, spss, tablue, and excel pun for me it easier when ure using laptop and some class might use microsoft project also

      Delete
  38. hii nk tnyee course ni maths heavy x?

    ReplyDelete
  39. Cik reen nak tanya kalau saya dari matriks sains nak masuk sarjana ni boleh ke?

    ReplyDelete
  40. Cik reen kalau saya zero knowledge pasal ni sbb dari matriks sains boleh ke sy cover agak iinya ya? Second intake uitm ada ke cik reen?

    ReplyDelete
  41. hi cik reen. saya nak tanya, berapa banyak subjek yang ada calculation ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau major : subj operation, service, production, project.
      tapi bukan main calculation subject. maybe dalam 1 -3 topic je yg ada calculation.. sikit2 je

      unless subject faculty macam finance tu ye la banyak calculation

      Delete
  42. Hi cik reen. Boleh saya tahu dulu cik reen intern kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I see... Okay tak sepanjang intern kat situ? Utk intern situ ada iv ke cik reen?

      Delete
    2. ok je, takde iv.. adalah stress sikit sebab high expectation dari boss. so, kena cepat adapt dengan operation diorang. and also challenges jugak untuk cikreen sebab masa intern tu work from home, so communication tu susah sikit sebab tak biasa enn

      Delete
    3. Paham2. Intern masa work from home pstu nak adapt dgn operation diaorg lg, klu sy pun menangis jg tu :'(... Cikreen ckp cikreen intern bahagian project management kan? Blh sy tahu spanjang intern tu apa scope tugas cikreen? Sori tau byk tanya. Sy pun ambik degree opem skrg.

      Delete
    4. buat slide, keyin data, analyse data.. haa tu biasa la kan
      yang susahnya bila kena present my thought on diorang punya operation dalam meeeting haha udohlerr semua engineer kat situ kecut perut uii time present 😂

      Delete
  43. Hi cikreen, saya nak tanya apa beza course opem dan transport ya? Antara dua course ni yang mana lebih kepada logistik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Incase cikreen ada kenalan ambil course transport, apa pendapat cikreen kalau saya dari course lain dan bukan juga under B.Admin. Susah tak agak2 nak bawa course transport. Course opem, transport etc banyak present tak? >_<

      Delete
    2. dik, bukan untuk awak je.. untuk sape2 lah yg tanya soalan susah ke tak? boleh bawak ke tak
      cikreen mmg takde jawapan untuk soalan macam tu. sebab jawapannya ada pada diri awak sendiri.. selalu cikreen tak jawab soalan macam ni. kadang cikreen delete je, sebab kalau cikreen jawab cikreen seakan bagi harapan palsu kt awak. bukan awak je lah, tapi semua yang baca blog ni
      kalau cikreen kata senang, tapi in reality u find that benda ni susah.. ofcourse u akan back to me or atleast akan terdetik dalam hati awak tu "cikreen kata sng tapi sebenrnya susah" eh eh jadi salah cikreen pulak

      bila awak nak tukar course benda pertama sekali awak kena prepare adalah mindset.
      awak rasa awak punya mindset sekarang ni dah ready ke nak hadap segala perubahan/ kesusahan bila awak tukar course?
      setiap keputusan yg kita buat ada risk nya, kalau kita tetap dgn keputusan kita maksudnya kita sepatutnya sedia nak hadap segala risk yg bakal muncul
      kalau kita takut nak hadap risk, kenapa kita perlu kekal dgn keputusan yg sama? Hidup ni ada pilihan dik, persoalannya bukan senang atau susah, tapi bersedia atau tidak

      and regarding presentation, sama je mana2 course pun mesti ada presentation. almost setiap subject ada presentation. diploma ke degree ke bagi cikreen sama je.. banyak ke tak tu, still cikreen tak boleh jawab, even course yg sama tapi berbeza kelas pun ada jumlah presentation yg berbeza. assume je la every subject tu satu presentation

      Delete
  44. Hi cik reen. Nak tanya dulu cik reen intern kat mana? Dah ada yg tanya pasal ni kat atas tu tapi tak jumpa plak cik reen cakap cik reen intern kat mana. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Hahahahaha adoiii patut la tak jumpa. Baik2 tq cik reen. Soalan2 lain akan menyusul kemudian :-D.

      Delete
  45. Assalamualaikum cik reen.. saya baru register untuk course ni.. dah tua2 baru nak ambik degree.. selepas tnggal berbelas-belas tahun lamanya zaman belajar .... hiihihi
    Saya doakan cik reen terus success & doakan untuk saya juga..

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum CikReen. Nak tanya course opem ni bahasa perantaraan dia menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu? Contoh macam report subjek tu guna dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris? Terima Kasih CikReen -^_^-

    ReplyDelete
    Replies
    1. of course english. bukan opem je, mana2 course pun sama semua english kecuali subject macam titas, koko, hubungn etnik

      Delete
  47. cikreen intern dimana ya? saya read comment semua takde 😭😭

    ReplyDelete
  48. hi cik reen nak tnye kalau dri course banking nak ke OPEM through penerapan ni dapat pc kan, so agaknya berapa tahun ya kalau dalam ijazah sarjana muda OPEM ni ? 2 tahun ? dan slps cik reen intern tu cik reen trs dpt kerja dri company cikreen intern ker ? kalau nk apply intern dlm operation in bank boleh juga kan ? sbb cik reen kata scope dia meluasss,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. dua thn setengah = 5 sem
      2. tak. cikreen intern company besar. nak diserap masuk, bukanlah semudah itu
      3. based on observation dari batch cikreen, takde yg dpt intern di mana2 bank. mungkin bank2 tak byk open utk student opem atau mungkin bukan rezeki kami.
      ada juga yg intern di asnb, financial compant etc tetapi bukan dlm scope operation. bahagian admin sahaja
      one thing yang student opem kena tahu, bila apply intern tak semua company faham apa yg kita belajar. lagi2 macam opem ni, dia tak directly bg perception pada orang apa yg kita belajar.. sebab tu cover letter bagi student opem sangatlah penting. kena describe betul2 apa yg kita belajar supaya company tahu nk letak kita di position mana

      nanti cikreen akan ulas lebih topik ni

      Delete
  49. hai cik reen. saya nak tanya untuk course Office System Management (Hons.) ada thesis ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam cik reen.. Nk tnya course business admin ni kan dia banyak cabang ke? Sya nk amik business admin time degree, tpi still x fhaam mcm mana jalan dia.. Boleh terang kan, macam mana pecahan2 dia😢

      Delete
  50. Assalam cik reen.. Nk tnya course business admin ni kan dia banyak cabang ke? Sya nk amik business admin time degree, tpi still x fhaam mcm mana jalan dia.. Boleh terang kan, macam mana pecahan2 dia😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, awak lepasan stpm ye?
      dia ceni tauu, dalam faculty Business & Management (FBM), ada 4 department, and ada 15 @ 16 courses. So bila awak cakap nk degree business admin tu awak kena define dulu nak yg mana.. sebab ada banyak tau 15/16 course. nak buat hr ke, finance kee
      cari satu yang awak minat
      boleh explore semua course under fbm ni kat website fbm. Search je FBM UiTM, then boleh baca satu2 amd find which one yg u interest in

      Delete
  51. third language boleh pengecualian credit ek masa degree if dr diploma uitm ? if skrg diploma dh amik third language

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. time diploma ambil level 1 and 2 je kan? so degree boleh terus ambil level 3

      Delete
    2. haah, skrg diploma dah amik intro to financial accounting, nnti degree dh xperlu amik jugak la eh sebab cikreen kelabukan yang acc406 , ke lain ?

      Delete
  52. yuran keseluruhan utk course ni berapa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untk fulltime degree standard je yuran pengajian UiTM RM590/sem x masuk kolej penginapan etc

      Delete
  53. Hi cikreen!! saya dapat course ni jugak, nak tanyaa. best ke ambil course ni? menurut cikreen, sub apa yg paling susah? and course ni kita ada fyp ke? terima kasih cikreen kalau notice and jawab comment ni.

    ReplyDelete
  54. Cik reen nak tanya course ni ada thesis tak?

    ReplyDelete
  55. Dear readers,
    dari dulu cikreen perasan ramai yang akan tanya soalan,"course ni susah tak?"
    "saya takde basic ... ok tak?" and so on

    adik-adik, first of all, u kena faham yang cikreen hanya menulis dan berkongsi about my experience. So, my intention is to help u guys dapat general perception on this course based on my experience. But then bila u guys tanya soalan macam tu, im so sorry sebab i pun takde jawapan. Yes, kita mungkin sama course, tapi we're not exactly on the same shoes. My shoes might be slightly bigger than yours. The design, and the colour also might be not same. Macam tu lah perumpamaannya. If u ask me my opinion, than it is okayy, but read again your question, u're asking me to give the answer. Cikreen bukan ahli nujum ya😅, i can't even predict my future then how could i do to yours?

    Next, uguys are big enough. Please define your interest, teroka betul-betul bidang yang u nak. apa requirement untuk masuk bidang tersebut. Is your decision will meet the requirement?
    And once u dah decide, u kena bertanggung jawab atas keputusan yang u buat. Sometimes, kita ni sebagai manusia tertalu overthinking. but pls kawal jangan sampai kita mempertikaikan perancangan tuhan.

    btw just to help uguys, i generally answered your question here.
    1. "Kalau takde basics dalam business/ accounting/ addmath... etc rasa-rasa boleh carry tak course ni"
    answer: Dik, u rasa u meet the requirement tak untuk dapat course ni? Mestilah kan? kalau tak, takkan u dapat offer course ni. Tapi u takde basic? Think again, u takde basic, but still dapat offer. What does it mean? Thats mean that basic subject tu is not the requirement pun. Whether ada basics or takde u boleh belajar course ni. Sbb tu pihak pengurusan universiti offer u course ni. sebab dia tahu orang takde basic pun boleh buat

    2. "Cikreen subject sekian sekian susah tak?" or "subject apa yang susah, and subject apa yang senang"
    Answer: it is very depends on your interest and the way u study. mungkin susah bagi cikreen tapi senang kacang je bagi uguys. Cikreen dah list all the subjects, if u rasa curious dengan subject tu, or rasa camm susah jee or apa2 je la. Go and google it. get your general understanding about the subject.

    hopefully, u guys get my point. and im soooo sorry that i could not help uguys answer this type of question personally and specifically.

    ReplyDelete
  56. helo akak, nak tanyee.. kalau ambik course nii boleh kerja banker tak nantii?

    ReplyDelete
  57. kalau grad dip business studies dah lebih dari 5 tahun masih boleh transfer kredit ker cik reen. n kalau buat secara pjj tetap kena buat internship jugak ke.

    ReplyDelete
  58. hi kak course ni ada kat palam jeke

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa yang anda perlu tahu tentang Pengecualian Kredit UiTM

Supplementary Paper UiTM