Posts

Showing posts with the label apa khabar Iman?

The Power of Istighfar

Image
وَٱسۡتَغۡفِرِ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰ "Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah an-Nisa' 106] ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ... ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ... ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ... Kita, sebagai manusia saban hari melakukan dosa. Oleh itu, perlunya kita sentiasa beristighfar semoga Allah, Tuhan Yang Maha Menerima Taubat akan mengampuni dosa-dosa kita. Selain kita diperintahkan untuk beristighfar, maka kita juga diminta untuk kembali melakukan ketaatan dan amal yang baik, agar Allah sentiasa membersihkan kita daripada dosa. وَٱسۡتَغۡفِرُوا۟ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوۤا۟ إِلَیۡهِۚ إِنَّ رَبِّی رَحِیمࣱ وَدُودࣱ "Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih" [Surah Hud 90] Imam Ibnul Qayyim berkata: “Apabila engkau berdoa, sementara waktu yang dimi