Apa yang anda perlu tahu tentang Pengecualian Kredit UiTM

baca dulu > ba244-ijazah-sarjana-muda-pentadbiran


Hai Asslamaualaikum

Finally, setelah sekian lama tersimpan dekat draft.. Alhamdulillah dapat jugak publish post ni
mintaa maaf sebenarnya cikreen plan taknak publish post ni sebabnya sekarang kan dah online class, so cikreen taknak lah cerita benda yang macam dah tak relevan untuk korang

tapi takpalah,, just make sure  korang take note apa yang cikreen nak ceritakan berkaitan PC ni adalah based on pengalaman cikreen sendiri which is sebelum Covid19 ni appear.. since sekarang semua dah online, so cikreen tak tahu macamana process untuk mohon PC sekarang ni, nak tahu lebih boleh rujuk MPP atau boleh dm ig SMF. Apapun, yang penting korang jangan ponteng apa2 taklimat yang HEA anjurkan yaa nanti terlepas info penting

Ok nak cerita apa yang batch cikreen lalui semasa proses pendaftaran tu, 
So pagi tu akan ada pendaftaran course dulu yee dekat dewan, ikut program masing masing. Each program ada counter sendiri. Kat situ, lecturer yang incharge akan cek kita punya surat tawaran, borang2.. apa semua lah then dah settle pendaftaran program kita akan dapat borang PC and list course. Then kita kena tengok jadual taklimat yang HEA sediakan, taklimat ni biasanya dia akan asingkan ikut department, macam depatment cikreen masatu taklimat kitorang petang hari yang sama dengan registration tu. Ada course yang dijadualkan keesokkan harinya so lepas register bolehlah diorang balik tidur dulu

Tolong alert ya dengan jadual taklimat sebab dekat sini lah diorang akan ajar korang apply PC. Kalau tak faham ke tak yakin ke silalah bertanya, jangan besar kepala nak buat sendiri sebab once dah salah isi memang tiada maaf bagimu kahkah. Then lepas dah isi kita kena submit dekat KK (Ketua Koordinator) untuk dia cek dan luluskan.. time ni mmg tak pasti tau berapa lama masa dia nak luluskan (2-5 hari biasanya) so kita kena selalu cek sistem kalau subjek yang kita mohon PC tu dah disappear dalam course registration haaa tu maksudnya dah settle lah application PC kita.. so bolehlah register class terus

so cara nak tarik subject semester 2 @ 3 pulak, kami kena berurusan dengan penasihat akademik (PA). macamana nak tahu siapa penasihat akademik? tengok dekat student portal bahagian maklumat kita (yang ada nama, notel, email..) haa bawah sekali tu ada nama PA kita, then kenalah usaha sendiri cari contact PA dan minta dia bukakan subject untuk kita tarik ke semester ini

Pelajar lepasan Matrik, Politeknik dan mana mana institusi selain UiTM tak boleh dapat PC even korang dah pernah belajar subject yang sama dulu tetap tak boleh PC

Untuk lepasan diploma UiTM (inc Kolej bersekutu UiTM) apa yang korang perlu tahu ialah:

1. UiTM - UiTM boleh apply PC
Pelajar lepasan diploma uitm boleh apply PC ya.. tak kisah la korang tukar course ke, tukar fakulti ke, tetap boleh dapat PC. Cuma yang bezanya jumlah PC tu   
Antara subject yang wajib korang dapat PC contohnya; kokurikulum, 3rd languange dan subject2 berkaitan

2. Result tak gempak pun boleh PC
tak pastilah korang pernah dengar ke tak, tapi masa cikreen diploma dulu salalu dengar orang cakap kalau subject tu kita dapat C nanti degree tak boleh dapat PC and kena ulang semula. Tapi ternyata itu hanyalah dongeng semata huhu sebenarnya boleh je apply pc untuk semua subject yang kita dah ambil masa diploma KECUALI memang dia strict kan untuk course tu,, tapi jaranglah berlaku ada certain program je yang akan ada isu macam ni and selalunya 1 subject je dia strict kan
Kalau dalam opem takde yang di strict kan, tapi since cikreen sama depatment dengan Degree Transport so cikreen ada terdengarlah yang kalau diploma dapat gred B dan ke bawah untuk subject Fundamental of Transport diorang tak boleh PC subject tersebut. Tapi logic lah kann amik degree transport kenalah perform basic course tu

3. Transkrip diploma
ni benda penting nak kena ada masa apply PC ni. kalau cikreen dulu kena hantar transkrp ni skali dengan application form pada KK. tapi sekarang sebab online kan so cikreen tak pasti
but make sure bila korang dapat je offer penerapan degree ni korang mesti dah ada mini transkrip dari kampus lama.. jangan tunggu dah nak register baru nak apply transkrip tu. Kalau ada result every sem yang korang simpan, haa boleh jugak guna yang tu

4. Tahu siapa PA dan KK
pentinglah untuk kita semua tahu siapa PA dan KK untuk memudahkan urusan PC. Segala pertanyaan atau masalah yang kita hadapi boleh rujuk kepada mereka  ni, sebabnya kalau apa yang cikreen nampak problem nak register subject ni memang common kat kampus PAlam, especially utuk pelajar penerapan. Every sem mesti ada je problem especially untuk subject 3rd language, elective and CTU. Every 1st week mesti HEA Palam tu penuh dengan student. Tak cukup HEA, bilik ilmuan pun penuh. Selalunya masa  pendaftaran subject HEA memang agak busy and kurang sikit melayan pelajar, so apa2 boleh tanya terus dengan PA atau KK dahulu.

Since ramai juga yang tanya berkenaan tempoh belajar selepas PC, its depends on kita punya course and berapa credit hour yg kita potong. if banyak, then boleh la masuk sem 2 atau 3 terus. And take note that tak kisah la awak masuk degree melalui UPU ke, Penerapan ke, Portal pengambilan pelajar ke, cable orang dalam keee (mana la tahu ada kann hahaπŸ˜™) as long as uguys lepasan diploma UiTM, dan sambung degree di UiTM.. uguys are considered as student PENERAPAN
 
Okayy itu jelah perkongsian cikreen,, terima kasih kerana sudi membaca blog cikreen

Btw kalau ada yang baca posting cikreen ni, dia ada pengalaman apply PC online, boleh share di komen ya 😊 

Comments

  1. Hi Cikreen, saya new intake penerapan course opem dkt palam this sem and saya still confuse nak dapatkan mini transcript kene ke uitm diploma saya yg dulu or boleh je terus minta ke uitm shah alam?or ada cara yg lain? btw thank you for your sharing regarding this course sebb saya masih clueless lagi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba contact HEA kampus diploma tanya macamana nak dpt transkrip tu, cari contact number kat website
      ShahAlam dulu boleh, sekarang tak pasti sebab sekrang dah takboleh masuk campus sesuka hati enn strict sikit

      kalau HEA Palam dia suruh email je

      Delete
  2. assalamualaikum hi cikreen, saya nk tanya pc tu khas untuk student penerapan je ke? ataupun kalau masuk degree uitm lambat pun still dapat apply pc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, asalkan lepasan diploma uitm layak dpt pc
      masuk cepat ke lambat ke still boleh dpt pc

      btw cikreen pun masuk degree lambat 1sem

      Delete
    2. Kalau lambat macam setahun atau 2 tahun pun boleh dapat pc ke? Sbb ingatkan nak kerja dulu pastu baru sambung degree.

      Delete
    3. Nak tanya jugak kalau masuk degree lambat mcm setahun dua ke still boleh dapat pc ke ?

      Delete
    4. Boleh je apply PC walaupun lambat sambung. Asalkan diploma uitm ke degree uitm

      Delete
  3. Assalamualaikum cikreen, saya nak tanya masa permohonan degree cikreen mohon dari upu ke dari uitm punya website?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, sec time kat UPU

      Delete
    2. Ooo okay cikreen terima kasih kerana response. Semoga dipermudahkan segala urusan! Doakan saya dapat sambung degree dengan kos yang dipohon. Sekarang tengah mohon upu.😁

      Delete
    3. welcome dear
      all the best! may Allah ease 😊

      Delete
  4. assalamualaikum cikreen.. nk tnya bila dah buat PC so kiranya result utk degree nnt ambik result diploma ke mcm mn?
    ke result cgpa dikira part 3 hingga part 7?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam takk, yang dah PC tu tak kira result
      kira mana yang kita ambil je

      Delete
  5. hai assalamualaikum cik reen, nak tnya cik, student akan dapat semua ka pc walaupon dia hanya dapat c je masa diploma dulu? pengalaman cik reen dan kawan kawan pulak macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusslam, depends on subject and course tu.. macam cikreen mention kt atas, kalau requirement tak strict boleh je dapat pc walaupun result C diploma

      macam course cikreen, OPEM untuk pc takde pun subject yg dia strict kan so boleh dapat full pc untuk semua subject

      Delete
    2. wahh lajunya cik reen reply. thank you cik reen atas explanation.

      Delete
  6. assalamualaikum. nk tnye jugak.. odl ni mana nk dpt borang pc tu? . koordinator kata kt student portal. tp x jumpa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusslama, saya taktau awak.. saya tak kerja UiTM πŸ˜‚
      kann cikreen kata cikreen cerita based on pengalaman, cikreen register sebelum covid so proses register selepas covid cikreen taktau

      Delete
    2. hii saya tolong jawapkan, saya ada jumpa borang pc untuk fakulti saya disini https://fskm.uitm.edu.my/v5/index.php/en/student/download. rasanya awak kena check by fakulti.

      Delete
  7. Salam, saya nak tanya PC ni boleh amik pada sem 2 dan sem 3 ke atas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. PC is pengecualian credit, aplication hanya dibuka pada sem pertama pelajar penerapan
      wht do u mean sem 2 dan 3 keatas?

      Delete
    2. maybe ada subject yang pernah belajar waktu diploma dulu ada juga kat degree tapi bukan dalam subject sem 1 degree, but dalam sem 2 dan keatas degree. saya pun tertanya perkara yang sama TT_TT

      Delete
  8. Salam Cik Reen, kalau lepasan diploma IPTA selain UiTM memang takdapat PC ke? Kenapa ye? Terima kasih ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. tak boleh awakk (kecuali kolej bersekutu UiTM)
      mamang begitu syaratnya, PC ni bukan ada kat UiTM je, most Uni ada application PC untuk student yang diploma ke degree dalam Uni yang sama
      Uni lain pun hanya benarkan pelajar diploma dia je yang boleh buat PC masa degree

      ni lah cara Uni bagi advantage pada student2 dia, lagipun subject yang dapat PC tu subj yg sama dah ambil masa diploma so tak perlulah ulang lagi.
      Kalau dari Uni lain mungkin pelajar tersebut rasa subject dan syllabus sama je masa dia buat diploma di IPT lama, tapi pihak Uitm tak tahu apa yg pelajar tersebut dah belajar. UiTM taktau sama ke tak syllabus, pelajar tersebut je yang tahu sbb dia je yang belajar dan experience subj2 tersebut

      contoh simple, Kokurikulum. Kita rasa macam "ehh koko je kot"
      katalah di IPT lama dia masuk kesatria, di UiTM pun masuk kesatria
      hakikatnya walaupun nama sama tapi pembawakan tu tak sama, requirement tak sama, so tak boleh la pc

      Maksud cikreen requirement kat sini ialah kalau kita start class selalu lect akan brief dalam study plan LEARNING COURSE OUTCOME yang ada PLO1, PLO8 ... (boleh check balik study plan) haaaa yang tu lah yang tak sama. Setiap Uni ada target sendiri apa yang dia nak lect sampaikan pada pelajar
      so kalau Uni lain nak sampai kan yg related dengn PLO2 tapi UiTM nak PL10, haa kan tak sama tu.. so pelajar Uni lain tak memenuhi requirement yang mereka nak

      tapi kalau awak awak yang baca posting ni dari Uni lain, jangan la sedih okiee enjoy je. kalau ulang subject sama pun apa salahnya, kita boleh lagi faham apa yang lect ajar, inysAllah senang score nanti 😊

      Delete
    2. Maaf mencelah. Sy ambil Diploma Sc Computer di UiTM, kemudian kerja sebagai programmer dalam setahun setengah gitu, kemudian saya sambung Ijazah Sains Komputer di UTM Skudai. Sy dapat buat byk PC dan layak untuk tamatkan Ijazah di UTM dlm 1 thn 6 bulan sahaja. PC diberi berdasarkan silibus/modul2 yg telah diambil yg ada persamaan dgn modul semasa degree ..ada had % kesamaan tertentu yg dijadikan ukuran dan ditetapkan oleh IPT semasa degree tersebut.

      Delete
    3. saya rasa procedure UiTM dan UTM lain 😊 kalau UiTM, if dari diploma Uni lain mmg dia tak bagi PC, borang PC hanya akan diberikan kepada pelajar berstatus "penerapan" sahaja. tapi kes awak ni awak dari UiTM ke UTM so awak mengikut prosedure UTM

      btw good sharing

      Delete
  9. Hi cik reen nak tanya, mmg proses nak sahkan pc ni lama eh? Sbb dh start kelas tp pc still ongoing so x dpt nak access ufuture utk tick attendance jadi risau pulak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa agak lama depends on KK dan PA jugak, kalau KK/ PA laju buat kerja 1st week dah boleh start kelas.. macam cikreen dulu 2nd week baru masuk class and ada juga classmate yang 2nd week pun belum settle registration

      Delete
    2. hi kalau apply pc memang tak boleh masuk class ke? saya ada apply pc tapi result tak keluar lagi katanya masih dalam semakan tapi saya dah masuk je class and dah validate course... adakah kiranya saya tak dapat pc ?

      Delete
    3. eh PC masih dalam proses macamana awak boleh daftar course? πŸ€” sebab cikreen dulu kalau tak settle PC,, dalam system masih ada course2 yg kita x perlu ambil, dan course sem3 x valid lagi sampai settle PC baru boleh register semua

      Delete
  10. hi cik reen, nak tanya yang kalau tiada transkrip tu kan guna result sem lepas. nak yang full sem or 1 sem pun dah cukup?

    ReplyDelete
    Replies
    1. full sem awak, dia nak tgk result semua subj yang kita apply PC tu
      and ofcourse dia nak tgk final gpa kita

      Delete
  11. Hi Cik reen. Nak tanya if kita tukar course under the same faculty, confirm akan dapat PC yea? Yg penting kena under UiTM la kan?

    ReplyDelete
  12. hi cik reen if saya kira lepasan diploma habis study bulan july tahun lepas kan, untuk degree if saya mohon masuk penerapan degree boleh ke?

    ReplyDelete
  13. Hi cik reen nak tanya, time cik reen isi borang pc tu kita kena pilih sendiri ke subject? ataupun just is grade and gpa then pihak atasan yang decide subject yang boleh pc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faculty akan bagi list subject yang boleh PC,
      list tu ada code subject diploma dan dgree kalau code sama then boleh PC
      KK hanya akan luluskan sahaja

      Delete
  14. Assalamualaikum cik reen, saya amik muet lambat lepas habis diploma. Jadi, boleh ke saya nk mohon penerapan degree?

    ReplyDelete
  15. Salam kak, boleh ke diploma uitm ke degree uitm apply pengecualian kredit tu, tapi bukan penerapan but under upu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam,
      masuk lah kot ceruk mana pun, pakai cable kee, apply kat upu ke, apply kat website pengambilan pelajar keee
      kalau ada transcript diploma uitm boleh je dpt PC

      Delete
  16. aslm kak. Bole ke kalau dapat dip business tapi masa belajar dip tu nak tukar program dip acc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusslam, tak boleh. keputusan uitm muktamad

      if dah belajar then tak boleh bawa.. boleh mohon untuk tukar yang sama level dengan pengajian tu atau yang lebih rendah. means kalau dari business nak tukar acc tak boleh sebab account tu qualification/ requirement dia lebih tinggi

      tapi kalau nak tukar dari business ke insurance, banking atau yang requirement nya lebih rendah macam tausrism kee,, yes boleh. but atas pertimbangan pihak uitm juga

      Delete
  17. Assamualaikum kalau pointer ggpa bawah 3.0 tapi course killer macam Sains peluang nak dapat boleh ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusslam, sorry dapa apa ya? pengecualian credit ke?

      kalau pengecualian kredit macam yg cikreen dah ceritakan, asalkan masuk je PENERAPAN akan dapat PC. cuma yang bezanya jumlah PC tu depends pada course tu sendiri
      paling tidak pun basic subject PC (koko, 3rd language, CTU) tu mesti dapat


      plis read well. penat lerr cikreen type, duk ulang tanya benda sama juga πŸ‘€

      Delete
  18. Hai cikreen. Nak tnya kalau lepasan STPM takde pluang nak apply PC jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takboleh awakk, cikreen dah tulis kann syarat dia kena LEPASAN DIPLOMA UiTM. ADA TRANSKRIP UITM. πŸ™„

      Delete
  19. Salam. Betul ke kalau diploma kita ambik statistics dkt uitm n sambung degree statistics dkt uitm jgk. Tahun bljr kita akan kurang?

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum cikreen..thanks for sharing pasal PC.. Saya sekarang diploma Ba117 uitm..nak isi penarapan ke degree. Cikreen or ada kawan2 cikreen tahu tak kalau sambung degree Ba247 terus ke sem 3 atau sem 2. Ada yg cakap sem 2 lepastu ambik subjek masa sem 3 topup2 sikit..ada yang cakap boleh terus ke sem 3..subjek yang tak boleh PC masa sem 1&2 bawak ke sem 3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, ya betul akan masuk sem 2 sbb transport sama department dengan cikreen. yang terus masuk sem 3 tu batch lama2 sebelum cikreen lagi

      Delete
    2. Owhh alright..Thank you Cikreen😊😊

      Delete
    3. hi, boleh awak cerita tak macam mana apply penerapan thru online?

      Delete
  21. Assalamualaikum cikreen, nak tanya kalau kita mohon dari UPU still boleh dapat Pc ke ? Kita course yang sama dri diploma UITM semua sama ? Masih boleh dpt Pc ke atau waktu penerapan sahaja ?

    ReplyDelete
  22. dapat melalui UPU pun kits still categorize kan awak sebagai penerapan, sbb layak untuk dapat PC. yuran pengajian sama je kalau bayar awal ke lambat.. 1st semester mmg tinggi sikit jumlahnya sebab termasuk yuran pendaftaran, tak kisahlah masuk sem 1 ke, sem 2 terus ke,, mmg akan dikira yuran pendaftaran sekali untuk 1st sem

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum cikreen. saya nak tanya.

    Jika saya pelajar baru semester 1 dari dip uitm dan buat pc, adakah saya dapat lompat semester seperti terus masuk belajar ke semester 3?

    Adakah maksud pengecualian kredit ini juga kita dapat lompat semester seperti budak penerapan degree dari lepasan dip uitm ke uitm yg terus masuk belajar ke semester 3 untuk degree?

    jika saya dapat pc, adakah saya dapat belajar di semester 3 terus? sebab kawan kawan saya yg dapat penerapan degree after diploma terus masuk ke semester 3.

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum cik reen, saya nak tanya, boleh ke kalau saya nak tukar course lepas dapat keputusan penerapan? kalau boleh, apa proses untuk penukaranan program dan syarat yg perlu di penuhi ya? terima kasih ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. seperti yang dimaklumkan dalam tawaran, keputusan adalah muktamad 😊

      Delete
  25. Terima kasih cikreen atas perkongsian pengalaman pc di uitm.

    ReplyDelete
  26. Hi cikreen. Sy nk tanya, ada tak cara kita nk tahu sebanyak mana kita boleh PC sebelum terima tawaran? Sy dapat sama faculty tp course yg lain dan agak jauh perbezaannya. Dan kalau boleh sy nk tahu berapa banyak sem sy boleh jimat utk persediaan awal sama ada sy nk terima atau menolak. Ini sebab sy taknak pembelajaran yg agak lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari and tanya senior kot.
      Atau refer course outline untuk buat prediction cr je, but this way might be tak accurate sebab kadang nama course sama tapi code lain atau ada requirement faculty yang menyebabkan kita tak boleh pc course tu

      Delete
  27. Hi cikreen , nak tanya kalau penerapan ni kita tak accept , boleh ke kita try untuk intake penerapan sem depan , PC tu still valid tak ?
    Lepastu , kalau course yang ditawarkan masa apply penerapan tu kita tak minat , ada cara tak nak tukar sebab dapat tempat jauh dri rumah .
    Last question , kalau apply under UPU , PC boleh guna jugak kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak.
      1. yee boleh je apply sem berikutnya and still layak utk pc as long as lepasan diploma uitm
      2. nope, tawaran adalah muktamad. make sure buat research dulu ya before apply tu
      3. yep, ofc

      Delete
    2. Cik reen nk tanye, what if keputusan penerapan tu kita dah terima tapi tak bole dftr and masuk sbb lewat seminggu. Then for next penerapan bole mintak ke?

      Delete
  28. hai cikreen, if ada transkrip uitm but from asasi, not diploma takboleh mintak pc ye?

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum Cik Reen, maaf ganggu, saya nak tanya, dalam tatacara permohonan tu ada minta kod dan kursus yang kita nak buat pengecualian kredit, boleh tahu saya Cik Reen lampirkan dalam bentuk macam mana ya? dalam word atau mention terus dalam surat rasmi permohonan PC?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, cikreen daftar dulu bfore covid. and mmg buat dalam dewan time register tu. so isi je borang and attach sekali dengan transcript diploma

      Delete
  30. Waalaikumussalam, sorry saya takpernah apply pc online. dulu isi borang ja

    ReplyDelete
  31. Salam Cik Reen,sebenarnya apa yg patut kita isi dlm borang PC tu?

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum cik reen, saya baru terjumpa blog cik reen ni. saya sekarang final semester untuk business study. cuma saya tak dapat nak sambung penerapan degree untuk sem depan sebab ada masalah kewangan. saya ada soalan, kalau saya mohon upu dan dapat degree di uitm, saya masih boleh apply pengecualian credit ke cik reen? sebab saya nak call hep diploma sekarang cuma belum ada masa sesuai. terima kasih cik reen

    ReplyDelete
    Replies
    1. YE BOLEH. Cikreen dah highlight dalam entry tu, tak kisah awak masuk melalui mana2 pun still akan dapat PC
      baca molek deh

      Delete
  33. Hi assalamualaikum. Naktanya. Kalau nak buat pengecualian credit' masa sem 2 3 kena contact PA dulu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengecualian kredit buat sekali sahaja, masa registration.
      untuk sem-sem seterusnya nak enable kan subject sem lain untuk kita tarik ke current semester.. yes kena contact PA

      Delete
  34. Salam cikreen, sy nk tanya penerapan ni hanya untuk sama fakulti je ke? Contoh sy dari fakulti sains gunaan nk mohon course dri fsk boleh ke? Ke boleh cuma tiada PC? Tq cikreen

    ReplyDelete
  35. salam,nak tanya subbject elektif seperti elc dapat ke pengecualian kredit walaupon dapat b- ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ELC degree dgn diploma lain code. so kalau dapat A sekali pun takboleh PC 😁

      Delete
  36. Assalamualaikum cikreen, sye nak tanya, sye ambik diploma uitm, nnt boleh ke sambung degree kat University lain? Like UKM or USM..

    ReplyDelete
  37. Assalam Cikreen, saya pelajar sem 1 UiTM, Diploma in Accountancy. Betul ke kalau kita ambil diploma (5 sem) nanti kalau sambung degree accounting hanya perlu 5/6 sem juga? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasslam, yee awak.. accounting akan terus masuk sem 3

      Delete
    2. Terus sem 3 ke? Walaupun under upu dan bukan penerapan?

      Delete
    3. kalau diploma under faculty business terus lompat ke sem 3 jugak ke cik reen ?

      Delete
    4. depends on course, ada yg sem 2 ada 3. depend berapa banyak boleh PC

      Delete
  38. Salam cikreen, yg mohon UPU boleh minta PC lagi ke utk tahun 2022? Sebab ada kawan try call HEA, katanya tak boleh

    ReplyDelete
  39. hi nak tanya saya sekarang diploma in chemical engineering kalau saya nak ambik petrolium engineering boleh lompat sem jgk ke or still kene ambik chemical engineering waktu degree nnnti. and next question kalau sye nk lompat sem hanya boleh degree dekat uni yg sama time diploma ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeep wajib dari uni yang sama semasa diploma

      Delete
  40. Assalam cik reen nk tnya kan cik reen masuk degree lambat 1 sem kan soo mcm mana cik reen alert dgn tarikh permohonan degree tu? Tngok dkt website mana andd selain upu, kalau apply degree cara mcm penerapan ada lagi ke bukak utk 2nd time?

    ReplyDelete
    Replies
    1. standard je mana2 IPTA mesti ada 2x intake.. bulan mac/apr pengambilan selaras melalui website upu
      ataupun bulan sept melalui portal rasmi universiti tu sendiri
      nak senang follow je socmed rasmi universiti, UPU dan KPT, diorang akan share

      Delete
  41. hai assalamualaikum cik reen, nak tnya cik, student akan dapat semua ka pc walaupon dia hanya dapat c je masa diploma dulu? pengalaman cik reen dan kawan kawan pulak macam mana. saya plan nak amik course international business

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum cik reen sya dah masuk sem 4 dalam course banking dekat uitm dan bercadang nak PC nnt . tapi sya belum ambik muet dan dengar2 klau tak ambik muet tak boleh pc . bukan sya tak nak ambik muet tapi pendaftaran dah tutup and silap sya juga. kalau tunggu sesi seterusnya pun sya dah masuk sem 5 masa tu . boleh tolong jelaskan tak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC tu apply masa 1st sem degree

      saya rasa awak masksudkan penerapan ye? boleh je buat muet tu sem 5, kalau time apply penerapan tu stil tak dpt result muet pun takpa, still ada chance utk masuk penerapan..
      kalau tak silap form utk apply penerapan tu ada choice utk isi result muet, then ada jugak utk yg dh ambil muet tp takde reslut lagi and ada juga untuk yg belum buat muet (so tick je mana yang berkenaan)

      Delete
  43. Assalamualaikum Cik Reen. If saya dapat tawaran degree through upu bukan penerapan, saya masih boleh lonjak terus ke sem 2/3 melalui PC ke? Course diploma uitm saya sama dengan degree uitm

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  44. assalam cik reen, saya nk tny kalau selepas diploma saya ambil masa untuk berehat( bekerja) dalam setahun then baru nk sambung degree, masih boleh dapat pc atau pc tu hanya boleh bila terus msuk degree selepas diploma tu ?

    ReplyDelete
  45. Hi cikreen, kalau dri kolej yg berbeza tapi nak credit transfer dpt tak untuk uitm

    ReplyDelete
  46. Korang baca juga ye komen-komen atas ni, maaf soalan berulang cikreen tak jawab πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

    ReplyDelete
  47. Cik Reen maaf lambat tanya, contoh saya baru habis diploma lepastu tak sambung penerapan dengan saya dah apply di UPU dimana bulan 10 ni saya baru masuk degree UiTM course sama jugak time diploma, PC ni still dapat ke dan program Kokurikulum ni still ada ke even dah apply PC? sebab ramai cakap kalau tak masuk penerapan then masuk dari UPU still kena masuk subjek Kokurikulum jugak.

    ReplyDelete
  48. Hi Cik Reen! PC hanya boleh dilakukan pada semester 1 sahaja atau setiap sem?

    ReplyDelete
  49. Hi cikreen, kat mana kita nak tau course yang kita nak amik time degree boleh buat pc ke tak?

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum cik reen, kalau pjj boleh mohon untuk pc jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, kalau awak dh dapat feedback dari orang lain ke apa boleh saya tahu dapat ke tak sebab saya nak sambung belajar sambil kerja, terima kasih banyak2.

      Delete
  51. Assalamualaikum cik reen, saya nk tanya kalau pelajar rayuan masuk mcm mana kita nk dpt pengecualian kredit yaa? sbb masuk² terus tiada mds. Saya perlu ke HEA untuk uruskan PC ? Sbb masuk2 jaa org ckp ckp pelajar rayuan akan terus masuk kelas study. Mohon penerangan cik reen. tqsm

    ReplyDelete
  52. HI Assalamualaikum, nak tanya, layak tak kalau saya part time degree nak mohon untuk PC?

    ReplyDelete
  53. Xdapat apply PC ker dri diploma u lain πŸ₯Ί knpa Sy tgk kat u tube blh ek ? πŸ˜…

    ReplyDelete
  54. Hiii assalam , kalau saya tanak ambi satu subject elektif waktu diploma dan kredit hour saya dah ckup 90c untuk 5 smester boleh ke ?

    ReplyDelete
  55. Hi, nak tanya if kita lepasan diploma uitm tapi kita tak masuk penerapan uitm, kita tunggu upu. then if kita dah masuk upu tu nanti kita eligible tak untuk apply for pengecualian credit ? sebab tulah sekarang ni ramai kata yang kalau masuk penerapan sahaja boleh pc kalau upu tak boleh

    ReplyDelete
  56. Salam kak, PA saya tkde, dia kosong je. Macam mana ye?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BA244 - Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi

Supplementary Paper UiTM