UiTM Puncak Alam pelik?
Hai Asslamualaikum 😊 So harini nak share berkenaan dengan UiTM Puncak Alam yang cikreen rasa suasana dan pengurusannya jauhhhh beza dengan kampus lama cikreen. Mungkin perkara ni pelik dan unik bagi cikreen tapi tidak bagi anda, mungkin cikreen yang jakun 🤣🤣 apakata suarakan pendapat anda di ruangan komen 1. Kelas 8.30am untuk pengetahuan semua, di kampus puncak alam kelas bermula pada jam 8:30 pagi. Peliklah bagi cikreen sebab sebelum masuk palam ingatkan semua kampus akan start kelas jam 8:00 pagi. Walapun online kelas, kami tetap start jam 8:30am pagi 2. Kelas lambat, keluar awal untuk yang duduk kolej dahlia terutamanya, kalau nak sampai kelas on time, cikreen kena keluar bilik seawal 7.30 pagi atau paling lewat pun 7.45pagi sebabnya nak naik bas, naik lift dan perjalanan ke kelas tu sendiri memang makan masa. Ini lah faktor kenapa kelas di palam bermula lambat walaupun pelajar kebanyakkannya tinggal dalam kampus. Berbezalah dengan kampus lama cikreen iaitu lendu, kel...