Supplementary Paper UiTM



Hi Assalamualaikum

topic harini berkenaan dengan supplementary paper untuk pelajar uitm. untuk topik harini cikreen ada buat kajian sikit dan diadunkan bersama pengalaman rakan cikreen yang pernah ambil supp paper ni. sebelum tu cikreen nak betulkan sikit ye, bukan sub paper tau. ramai yang sebut sub paper tapi sebenarnya supp paper iaitu singkatan untuk supplementary paper.
so apa itu supp paper? supp paper ni ialah peluang kedua bagi pelajar semester akhir uitm yang gagal satu atau dua subject untuk mengambil semula exam subject tersebut bagi melayakkan dia grad on time. so that pelajar yang fail tu tak perlu extend sem. tapi ingat maximum fail dua subject je kalau lebih silalah kalian ke semester seterusnya

untuk pelajar semester akhir, selepas dapat result and kalau korang fail korang boleh terus apply supp paper ni kat student portal. make sure masa dah tahu korang fail tu terus register tau, takut terlepas pulak due date tak pasal kena extend. lepas tamat due date korang akan dapat bill uitm untuk yuran supp paper ni. bill ni pun kena selalu check kat student portal ye, kalau takut terlepas korang boleh call HEA untuk pastikan bila bill supp paper akan dijana. satu paper akam dikenakan bayaran sebanyak RM100, boleh bayar macam biasa. alahh macam bayar yuran every sem tu. Then, HEA akan call korang untuk bagitahu bila tarikh korang exam. kalau HEA tak call lepas tiga or empat hari korang jangan diam pulak, korang yang kena call takut hea terlepas pandang. nombor telefon HEA boleh google je kat web kampus masing-masing. aduii pening la cikreen kalau itu pun nak kena bagi tahu. make sure datang exam tepat pada masa jangan nak buat hal ehhh

daripada apa yang kawan cikreen share, pemarkahan supp paper ni 100% on supp paper. kiranya, dia tak kira korang punya carry mark sebelum ni. so walaupun korang boleh jawab semua soalan, jangan mimpi A lah ye. tapi C tu insyaAllah dalam tangan. bila dah ambil supp paper ni buat elok elok walaupun korang tahu korang akan dapat gred c je. sebab apa? sebab ada je yang ambil supp paper tapi masih gagal. hati-hati ye..

Nak highlight juga untuk special case macam kawan cikreen, dia tak ambil satu subject final exam ni sebab family matter and dia terpaksa balik rumah untuk urusan tersebut. kiranya dia ada sebab tertentu kan. so lecturer still kira markah dia plus dengan carry mark, alhamdulillah dia boleh dapat A+
yang takbestnya supp paper ni bukan setakat gred C tu je tapi status pengajian korang juga takkan sama dengan kawan korang yang lain walaupun grad sama-sama. status mode study korang akan jadi "sepenuh masa lebih tempoh" walaupun korang grad on time. kalau student yang tak terlibat dengan supp paper ni kan mode pengajian dia "sepenuh masa". So please  kalau boleh elakkan terlibat dangan supp paper ni. Buruk transcript korang nanti

Next, result supp paper akan keluar lebih kurang 2minggu lepas exam. korang kena slalu update jugak. boleh tengok kat student portal macam biasa. dan HEA jugak akan call korang untuk inform sama ada korang lulus ke tak exam supp paper ni

yang paling merisaukan pelajar semester akhir adalah kesan supp paper pada result penerapan. InsyaAllah kalau ada rezeki korang boleh dapat penerapan intake tersebut tetapi selepas buat rayuan. bila dah dapat result penerapan korang akan dapat status gagal sebab yelah dah fail paper kan and korang kena terus buat rayuan walapun belum ambil supp paper lagi ataupun result supp paper belum keluar. buat je rayuan, pilih course yang banyak tempat and peluang. jangan pilih course yang terhad sebab peluang tipis nak masuk course yang limited ni. pandai pandai la korang buat research pasal course degree ni. Kalau tak berjaya jugak dapat rayuan, kena lah apply next intake
tu je dari cikreen, goodluck supp paper!

assalamulaikum 

Comments

  1. Assalamualaikum sis. selalu supp paper exam ni akan start bila ya dari tempoh masa result final biasa keluar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak silap dalam 2 minggu camtu. dia tgk campus jugak la

      Delete
  2. Salam sis, can I have your email?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum sis, kwn saya dia tak dpt buka result lagi sbb lambat bayar denda. tapi dkt supplementary exam tu, dia ckp you're not valid to register any courses for Supplementary Examination. Total assessment marks is less than 50 percent. Apa maksud dia? tq

      Delete
    2. Waalaikumussalam., yang tu cikreen pun tak pasti. kena contact PA ataupun tanya pada lecturer yang mengajar subject tersebut

      Delete
  3. Assalamualaikum sis.. macam mana pula kalau untuk semester akhir kita lulus semua.. tapi ada satu subjek yang belum ambil.. sebab yang subjek tersebut repeat masa sem sebelumnya and tak boleh ambil sekali sebab subjek tersebut related.. so ada ujian lain or sama je ujian supp untuk tak extend sem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Supp paper ni boleh ambil kalau failed subject semester tersebut je which means yg kita register on our current semester.. kalau macam kes awak ni kena extend sem, sebabnya kena masuk kelas etc before ambil exam.

      Delete
    2. Ouhh i see.. hmm.. memang dah takda possibility langsung ke untuk saya ambil 2 subjek yang related dalam satu sem ?

      Delete
    3. Biasanya macam tu lah, subject related tak boleh ambil sekali.. apapun awak cuba bincang dengan PA, sbb sayang juga kalau nak kena extend semata-mata untuk 1 subject

      Delete
  4. alright... thank you cik reen ! may allah blees you :)

    ReplyDelete
  5. cik reen, boleh ke kalau fail dissertation, amik as supp paper

    ReplyDelete
  6. Hi, maaf, nak tanya kalau subject ent530 sahaja yg fail boleh ke kalau tak repeat? Sebab status exam LU. Ke kena repeat juga??

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak tak sure, takpernag pula dengar org failed subject ENT

      kalau za,man cikreen belaja dulu dulu supp paper ni maksudnya kita akan ambil semula final exam untuk subjext tersebut.. tapi ENT kan continues assesment, so cikreen tak pasti. Rujuk PA ya

      Delete
    2. @RMp lepastu awak repeat ke ent530 tu?

      Delete
  7. hiii nak tanya, selalunya result untuk supp exam ni macam mana ye dia bagitahu? adakah pihak unit peperiksaan sendiri akan bagitahu kita pasal result supp atau kita kena tanya sendiri tentang result supp exam kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. unit peperiksaan/ HEA akan call bgtau result sama ada lulus @ gagal

      Delete
  8. Kalau subject elc boleh supp paper jugak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. elc bukan tiada final paper ke? 🤔 setahu cikreen supp paper untuk kita repeat final paper sahaja

      Delete
  9. supp paper ni nk daftar dekat mne eh? saya tak jumpa jumpa pon :(( saya nk intern T^T

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum cik reen, maaf nak tanya..exam supp paper ni sama ke soalan nya dengan exam kertas failed yg dh ambil tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam ofcourse la lainn 😅 but sama format

      Delete
  11. Hi, kalau berstatus D4 and amik supp paper, boleh ke intern on next semester tu atau kena extend just untuk intern

    ReplyDelete
    Replies
    1. intern saya rasa takleh ambil supp paper, sbb my last semester degree.. ada 1 subject tu repeaters repeat after intern
      meaning that after intern extend 1 sem for repeat subject. senior tu pun repeat 1 paper je

      Delete
    2. * extend sem for only 1 subject

      Delete
  12. Hard Rock Casino New Orleans, LA - MapYRO
    Discover New Orleans Casino, LA 남원 출장마사지 in real-time and 포천 출장샵 see activity. 사천 출장샵 여주 출장샵 Check out traffic updates, 문경 출장샵 street view photos, traffic updates, and road conditions.

    ReplyDelete
  13. hi cik reen. macam mana kalau final sem tiba2
    saya ada carry 4 subject. berapa bayaran nya ye?

    ReplyDelete
  14. Assalam cik Reen..saya ade failed 2 subj dlm sem 3 ..Dan saya akan masuk sem 4 ...jadi , saya ade kene ambik supp exam ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. supp paper utk pelajar sem akhir sahaja

      Delete
  15. Assalamualaikum sis, kalau yang gagal subjek sps250 dan saya berstatus D4 adakah saya akan intern dan grad on time juga??

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum sis, kalau gagal sup exam untuk 1 subject, still boleh repeat sem ke? saya gagal MAT112 final sem

    ReplyDelete
    Replies
    1. repeat sem? 1 subject buat supp paper je.. jimat duit, masa n boleh grad sesama dengan kawan2

      Delete
  17. Assalamualaikum, kita boleh mohon duduk kolej tak untuk jawan supp exam?supp paper ni download kt mana mana tak, mcm past year exam?

    ReplyDelete
  18. hii nak tanyaa, if ambik supp paper, then cgpa kita akan updated jugak ke after dpt result supp paper?

    ReplyDelete
  19. cik reen nak tanya supp paper boleh tukar ke tempat ambil paper tu ..

    ReplyDelete
  20. Hi nak tanya , kalau kita extend sem , kita takkan grad sesama dengan kawan² kita yang lain ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kita tak akan grad sama² dengan kawan batch kita

      Delete
  21. Assalamualaikum, nk tnya, saya sekarang nk masuk sem 3, tp course KO saya gagal sem 2 ni. Dan sem 1 tu sy kena ambil KO selain KESATRIA sbb gagal ujian time mds. Sy tngk dlm course outline sem 3 tkde course KO. sem 4 ada course KO. Program sy ad 5 sem shj dan sem 5 tu praktikal. Soalan sy, bila sy blh smbg course KO tu? sbb course KO ni kena ambil 3 kali dan sy tk ambil sekali pun lagi(ambil tp gagal time sem 2).

    ReplyDelete
  22. Hi sis naktanya beberapa soalan :)

    1) supp paper ni untuk certain subjek je ke ada ? mostly kalau sub tu failure rate dia tinggi maksudnya memang akan ada la kan supp paper untuk subjek tu ?

    2) selalunya untuk registration supp paper ni dia buka bila after result keluar ?

    3) and after dah mohon selalunya berapa lama untuk tunggu untuk sit paper tu ?

    4) then after dah sit paper tu betul ke orsng kata result dalam masa sebulan after resit paper ?

    5) pastu, macam dalam kes saya skrg , course saya hanya ada 6 sem sahaja sem keenam last tu adalah untuk intern, tapi saya gagal satu sub jadi saya ambik paper tersebut pada sem ke 6 yang sepatutnya saya intern, jdi saya akan intern sem 7 , tapi andai kata paper yang saya ambik sem 6 yang tadi tu still gagal lagi , adakah saya layak untuk ambik supp paper ?

    6) lepastu patut ke saya pergi intern dulu walau saya ambik supp paper tu ?

    7) then , ni contohla kan saya kira2 dan buat andaian pada tarikh , let say result supp paper saya keluar 10/4 nanti , then dalam masa sama saya dah apply penerapan pakai result lama , jadi adakah result baru tu akan tampal yang lama dalan sistem tu ?

    8) then let say result tu akan berubah dalam sistem , adakan akan effect penerapan saya and contohla orang kata result penerapan selalunya keluar seminggu sebelum naik sem kan , adakan possible untuk saya dapt penerapan ?

    9) kalau contoh dapat alhamdulillah if saya tkdapat kan bolehke buat rayuan untuk first intake penerapan tu , and kalau boleh and lulus rayuan tu maksudnya saya akan masuk lewat seminggu dua la kan dari batch first intake penerapan tu ?

    :))) maaf panjang sebab dah baca semua komen saya cuma nak confirmation dari soklan saya sendiri 😅, saya harap sis notice komen saya ni haa . aaaminn2 semoga sis dipermudahkan urusan byee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi , boleh kita contact? we’re same situation 😬🫠 cuma program diploma saya takda intern .

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa yang anda perlu tahu tentang Pengecualian Kredit UiTM

BA244 - Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi